Week 2, June - Pendekatan Lakonan Berkesan

 <3

Tarikh : 15 Jun 2022                                                                                                    Tempat : Studio Tari


Yoi!

Hari ini, kami belajar mengenai "Pendekatan Lakonan Berkesan". Kelas hari ini diadakan bersama dengan Cikgu Elven.


Antara teknik yang terlibat ialah:

        ✅ Kawalan emosi dan mental

        ✅ Imaginasi

        ✅ Penghayatan

        ✅ Lontaran suara

        ✅ Aksi fizikal


Maksud lakonan: Aktiviti menyampaikan cerita melalui perlakuan & pertuturan seseorang pelakon ketika melakonkan sesuatu watak


1) Kawalan emosi dan mental

👉 perlu dikuasai untuk menghasilkan lakonan yang berkesan

👉 proses menzahirkan emosi dalam watak:

       1. Lakukan kajian perwarakan secara terperinci daripada pelbagai aspek

       2. Fahami watak & timbulkan emosi sesuai dengan situasi

       3. Latih diri untuk timbulkan emosi

       4. Bayangkan situasiyang mendatangkan masalah kepada watak

       5. Luahkan emosi melalui intonasi, postur dan gesture

       6. Jelmakan emosi watak


2) Imaginasi

👉 kebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran dan dipaparkan melalui aksi


3) Penghayatan

👉 kemahiran memahami dan menghayati emosi watak

👉 kaedah menjiwai emosi watak:

        1. Mempelajari dan memahami watak

        2. Lakukan gerak serta berdialog

        3. Menghayati muzik yang bersesuaian untuk memaparkan emosi dalam skrip


4) Aksi fizikal

👉 pergerakan tubuh badan

👉 tubuh badan pelakon adalah alat utama lakonan

👉 jenis gerak fizikal:

        1. Gerak terlihat - kedudukan pelakon di atas pentas

        2. Gerak lazim - gerak seharian yang lazim dilakukan

        3. Gerak penghayatan - melihat, menghidu, menyentuh

        4. Gerak halus - raut wajah sepeti lucu, gembira

        5. Gerak kasar - pergerakan yang berlaku pada tubuh seperi spontan, gestures, guide


5) Lontaran suara

👉 keperluan lakonan yang merupakan kemahiran vokal seorang pelakon

👉 kemahiran vokal:

        1. Artikulasi - ucapan kata yang dapat didengari dengan baik dan jelas

        2. Gestikulasi - pemenggalan kata

        3. Intonasi - nada tinggi/rendah

        4.  Ton suara - contohnya meniru suara kanak kanak


IB Learner : Knowledgeable - 

ATL Skills : Thinking -