Week 2 - First class

><

Tarikh : 12 April 20                                                                                            Tempat : Kelas 3 Harvard


Hari ini merupakan hari pertama kelas secara bersemuka diadakan selepas 3 bulan tidak bertemu disebabkan pandemik yang kini kian berlaku di seluruh dunia. Kelas pertama ini dimulakan dengan sapaan pagi dan bacaan doa penerang hati. Cikgu kemudiannya menanyakan khabar kami dan kelancaran kami menyiapkan jurnal dengan menggunakan kaedah yang baru dikenalkan cikgu, iaitu menggunakan aplikasi "Blogspot". Kami juga dikehendaki menghantar pautan blogspot kami di platform yang disediakan. 

    Kelas kemudiannya dilanjutkan dengan pembelajaran unit pertama, 'Pengurusan dan Pentadbiran'. Cikgu Elven menerangkan satu persatu definisi organisasi, produksi dan seni persembahan. Di akhir pembelajaran, cikgu membahagikan kami secara berdua-dua. Kami dikehendaki membentang mengenai peranan serta tanggungjawab setiap jawatan pengurusan dan pentadbiran yang terdapat dalam seni persembahan. Pembentangan tersebut akan pada kelas seterusnya iaitu bersama cikgu Noel.

IB Learner Profile:
Knowledgeable
Thinkers

ATL:
Research