Week 2 - Presentation ep.1

:v

Tarikh : 13 April 2022                                                                                                 Tempat : Bilik muzik


Hari ini, kami mula melakukan pembentangan terhadap tajuk yang diberikan kepada kami. Pembentangan pertama dimulakan dengan jawatan penerbit. Penerbit merupakan jawatan yang tertinggi dan terpenting dalam sesebuah organisasi seni persembahan. Penerbit berperanan penting dalam menentukan misi, visi dan strategi organisasi produksi seni yang ditubuhkannya. Penerbit juga mempunyai tanggungjawab yang amat besar iaitu menyediakan dana, memastikan kualiti dan naskhah terbaik untuk produksinya, memilih dan mengupah tenaga kerja dibawahnya dan memastikan kerja-kerja pengurusan produksi berjalan sesuai mengikut rancangan.

    Pembentangan diteruskan dengan pengenala pengarah urusan. Seorang yang sangat penting dalam struktur organisasi seni persembahan di bahagian tenaga kerja pentadbiran. Pengarah urusan berperanan dalam menjaga segala jenis pengurusan yang menerbitkan seni persembahan. Jawatan-jawatan yang berada di bawah tenaga kerja pentadbiran haruslah memaklumkan gerak kerja mereka kepadanya. Pengarah urusan akan berkerjasama dengan pengarah artistik dalam menggerakkan jadual kerja antara dua bahagian menjadi sebuah kalendar aktiviti produksi bagi mencapai objektif yang dikehendaki.

IB Learner Profile:
Knowledgeable, Inquirers

ATL Skill:
Thinking