:-)
Tarikh : 24 April 2022 Tempat : Studio tari
Hari ini, kami diminta untuk menghabiskan pembentangan yang sentiasa tertunggak pada setiap kelas. Mungkin disebabkan kami perlu menjalani projek "short-filem" yang merupakan tugas pertama kami pada tahun 2022 sebagai seorang pelajar tingkatan 3. Mana saya tahu.
Antara jawatan-jawatan yang dibentang :
👉 Pengarah Teknikal - Juruelektrik Pengurus Set dan Props, Jurutera Bunyi, Penyelaras Multimedia, Pengurus Kostum dan Pengurus Tatarias.
👉 Sinografer - Pereka Kostum, Pereka Tatacahaya, Pereka Tatarias, Pereka Set, Pereka Props, Pereka Bunyi dan Pereka Multimedia.
👉 Koreografer - Jurulatih Tari, Penari dan Jurulatih Gerak.
👉 Pengarah Muzik - Konduktor, Pemuzik, Komposer dan Penyanyi.
👉 Pengurus Pentas - Penolong Pengurus Pentas dan Krew Pentas
Cikgu Elven juga telah membicarakan tentang tugasan "short-filem" tersebut dengan menetapkan kriteria yang diperlukan dalam penghasilan filem tersebut dan tarikh penghantaran iaitu pada 31 Mei 2022. Kami hendaklah menitikberatkan nilai moral dan pengajaran dalam karya ini.
IB Learner Profile:
Reflective
Thinkers
ATL Skill:
Self management